Melayu Impressionisme

Jumaat 21 Mac 2008

Katakan TIDAK!!!!!

Oh Tuhan....tolong beritau siapakah peminat bawang putih bawang merah yang minta rancangan tu diulang siarkan kat tv3 sekarang ni? Adoi..adoi..Salah siapa la ni. Marah tul aku ngan tv3 sekarang ni. Kalau diikutkan tag line tv3 " Sentiasa disisi mu" tu aku rasa memang dah bukan kat sisi aku dah sekarang ni.

Adakah rancangan yang disiarkan semula tu merupakan atas permintaan ramai? atau tv3 sendiri yang sengaja nak jimatkan kos pengeluaran drama2 tempatan (kalau ada la kos2 mcm ni..ehe) atau drama tempatan dah takdak duit nak buat drama baru yg bagus? atau ini adalah atas permintaan pengiklan tu sendiri?

Kadang2 pengiklan tu nak pulak produk diorang ni disiarkan mengikut rancangan tv yg popular. tapi aku tak tau la plak kan, cerita merepek macam bawang putih bawang merah tu pun ada nak selitkan iklan2 diorang. Sebagai pengiklan kan (ceh..mentang2 la aku blajo sket advert ni) diorang tak rasa rugi ke melabur berpuluh ribu (katakan RM30,000) utk beberapa minit, pada program yang dah terang lagi nyata bahawa orang takkan berminat utk tonton lagi? memang la tanggungjawab diorang dah abih bila serahkan produk iklan diorang kat sesebuah medium, tapi nape tak takut ke bila takde sape nak tonton rancangan tu, kemungkinan produk iklan diorang tu takkan mendatangkan hasil pada diorang?

Kadang2 nak marah pada stesen tv tu pun macam takdo gunanya gak. yela, suara kecil kita mana nak di dengar.. bagaikan bayi menangis2 sakit perut, tapi diberinya lak susu nak bagi ilang nangis. hehe.
Bak cakap ayah aku la, sekarang ni beliau nak tgk berita pun dah beralih arah ke stesen tv lain (bukan astro la). maksud aku ke RTM la. Kalau dulu, aku merupakan pengkritik bebas kat rumah tentang RTM, tapi sekarang ni aku da nampak isi yg cukup2 berinformasi kat RTM ni. Sumpah, aku bukan dibayar utk mempromosikan apa2 medium, kerana ni adalah pendapat peribadi aku sendiri yang mana dah lama terbuku dalam otak aku ni. So, ni pendapat peribadi aku. Kalau ada yang tak puas hati, ini cuma lah datang dari hati dan dari apa yg aku lihat sendiri. Mana yang tak puas hati, sila lah terima kritikan ini sebagai inisiatif untuk berubah.

Kerajaan kita boleh berubah, takkan media2 kita pun tak boleh nak berubah. Terlalu banyak hiburan..hancur kehidupan! hilang jiwa ketuhanan. Teringat aku tadi masa tengok diari AF yang terbaru ni. Aku tak follow pun,cuma nak tengok je. Masa diorang berselawat beramai2 dengan sorang ustaz tu (sambutan maal hijrah tak silap aku). Kesian gak aku tengok budak2 AF yang bersaing nak menang dan popular tu sebab kebanyakan diorang tak dapat nak ikut selawat tu sampai habis. Malu la gak sebab kebanyakan diorang ni Muslim...yang perempuan lak aku tengok, dah tau nak tutup aurat depan ustaz tu biarlah moleh sikit. Kalau nak hormat pun pada ustaz tu biar la pakai tudung/ selendang tu bagi senonoh sikit. Ini tak, main ikat camtu je. Kalau time perform tu diorang boleh pakai lawa2 takkan la bila nak pakai tudung pun nampak tak kemas. Sekurang2nya tunjuk la yang Islam ni agama yang suka pada kekemasan juga. Nanti orang lain nampak tak ke malu kita ni..

Sabtu 09 Feb 2008

Dunia Baru: dari drama ke Filem


Cuti raya cina ni mengundang kebosanan kat diri aku. Rutin aku kat rumah cuma tidur, makan, radio, bilik. Tu je lah yang mampu aku buat. Nasib baik aku bawa balik buku Membina Rasa Cinta, karya Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj. Sebelum tidur, buku tu lah yang jadi peneman mata aku yang hampir-hampir ngantuk, selain game Zuma yg tak pernah aku lepas level 6 tu. Haha!

Sejujurnya, buku ni masih lagi tak dapat tolong masalah aku sekarang ni. Mula-mula tu boleh la masa hubungan aku ngan dia tu masih harum2 wangi semerbak perfume elizebeth arden. hehe. Tapi sekarang ni, buku ke manusia ke memang tak dapat tolong aku lagi. Aku tak gaduh pun ngan dia, cuma aku rasa hati aku jauh sgt dari dia. oh, tak boleh cerita banyak kat sini. Mungkin ada kat sini.

Drama Dunia Baru di tv3 dah episod terakhir malam Isnin ni. Terkejut gak aku sebab aku banyak tertinggal cerita tu. Menyesal rasanya tak tengok setiap minggu, terpaksa la aku cari sesiapa yang ada download cerita tu. Hehe.
Selamat tinggal Dunia Baru 3. Aku akan rindu kat kamu semua (watak2 budak kampus tu). Aku minta sangat supaya Dunia Baru diteruskan musimnya sampai budak-budak tu semua grad! Tolong sangat2 ye kat penulis skrip ye!

Belum sempat drama bersiri tersebut melabuhkan tirainya untuk musim ke 3, filemnya pula telah pun keluar di pawagam pada 7 Februaru 2008. Aku rasa berbulan gak la aku tunggu filem ni keluar. Tak silap dari Julai 2007 lagi khabar angin nak keluar kat wayang. Mungkin banyak halangan kot dari segi ada pelakon yang sarat mengandung la yg skripnya terpaksa di olah dan di selarikan dengan keadaan semasa pelakon tersebut. Apa pun, aku salute kat penulis skripnya, Wan Hasliza Wan Zainudin yang telah menulis jalan cerita drama dan filem Dunia Baru sehinggakan ramai yang mengikuti cerita tersebut.
Nak tambah lagi, sountrack filem Dunia Baru pun boleh tahan gak.Baru aku tengok kat tv tadi. Nyanyian Duta berduet dengan Baizura Kahar yang berlakon gak dalam drama tersebut.

Apa pun, aku tak sabar nak gi menonton dengan kawan-kawan kat MP nanti. Haha, meh la join kalau terserempak ngan aku nanti.

Rabu 12 Dis 2007

SIAPA KURANG AJAR?

Situasi ni terjadi antara adik perempuan dan abangnya yang selalu sangat bergaduh mulut hingga membuatkan mak ayah diorang ni pening kepala la. Selalunya pertengkaran kedua beradik ni berpunca dari masalah yang kecil sangat. Masalahnya kat sini, bila si abang marahkan adiknya itu, adiknya akan melawan semula. Melawan kat sini bukanlah nak tunjuk kurang ajar ke apa, tapi sekadar untuk menahan dirinya daripada di buat seperti orang bodoh. Yela, bila si abang tu marah si adik, takkan la si adik nak diam macam tu je. Mesti la dia rasakan rasa hormat dalam dirinya telah di calarkan oleh abang sendiri.

Siapa2 pun akan rasa terhina dan terasa tercabar egonya bila asik kena marah dengan perkara2 yang kecil2 je. Lagi pula, siapa2 pun akan hilang sabar bila teguran yang dibuat tu dengan cara menengking sampai boleh memalukan siapa2 saja. Sebab tu la, si adik ni terpaksa tunjuk sikap kurang ajarnya kepada si abang ni. Jadi, hilang la rasa hormat antara abang dan si adik ni. Si adik dah tak hormat kat si abang, dan ni yang makin menaikkan kemarahan si abang tu. Persoalannya, salahkah si adik ni bersikap macam tu semata2 untuk mempertahankan rasa hormat dalam dirinya? Perlu ke kita nak hormat orang yang tak hormat kita balik?

Kita pun di ajar supaya menghormati antara satu sama lain, tak kira la yang muda hormat yang tua atau sebaliknya. Rasanya, orang yang anggap dirinya dah besar memang perasan bagus la sebab nak suruh orang muda hormat mereka. Pada pendapat aku sendiri, orang besar ke orang muda ke, kalau orang tu tak hormat aku buat apa aku nak hormat diorang balik.

Sedar2 la diri sikit, jangan disebabkan umur dah meningkat dia perlu diberi penghormatan yang cukup baik oleh orang2 muda. Kalau nak orang suka kat perangai kita, memang patut la kita berperangai baik dengan orang. Janganla kau bagi tahi kat orang, kau nak minta orang bagi pujian kat kau. Jangan harap la kau dapat yang terbaik dari orang. Jadi, sikap kurang ajar yang terjadi antara dua beradik tu sebenarnya memang nampak lebih kat si abang tu. Jangan sangka orang perempuan je yang patut kena hormat kat lelaki, tapi kena la hormat antara satu sama lain. Baru la adil dan hidup pun tenang.