Pages

Monday, October 11, 2010

SEMINGGU LAGI..

Tinggal seminggu lagi sesi pembelajaran berakhir. Tak sabar rasanya. Tapi rasa mcm lambat la pulak. Harap2 semua berakhir dengan sempurna.

Kalau tak ada aral melintang, aku dgn bdk rumah nak cari rumah baru. Tapi masih kekal di Shah Alam. Mahu cari keselesaan n privasi sikit. Kalau ikut plan, kami bertiga je mahu menyewa 1 rumah, berbanding sekarang ni 1 rumah kena kongsi 8 orang. Agak sempit jugak la. Itu pun kalau jadi la. Semoga tahun depan dapat jalani kehidupan yg lebih baru. Semuanya baru. Ada sebab juga nak pindah..aku mahu elakkan dari bertemu dgn orang yg sering buat aku sakit hati. Cukuplah 3 tahun menunggu dgn sia-sia. Harapan yg sia-sia. Pengorbanan yg sia-sia. Aku gembira ngan balasan yg dia dah terima. Semua tu atas perbuatan dia sendiri. Aku tak kesian langsung kat dia. Walaupun sakit utk aku terima, tapi aku percaya ada hikmah. Aku taknak lemah lagi ngan dia, sebab kelemahan aku ni la yg buat dia lebih memberi harapan palsu.

Ini jalan terbaik sebab dah banyak usaha aku lakukan utk elakkan diri dari dia. Dan selagi aku di sini, di tempat yg sama, selagi tu lah dia senang cari aku. Aku harap lepas ni aku dapat pergi jauh2 dari dia. Biarlah dia dengan perangai bodoh dia sendiri, yang memakan diri sendiri. Aku taknak amik tahu n aku taknak kesian lagi. Itu sahaja. Biarlah pasni aku dah tak cerita pasal dia lagi, sebab selama aku blogging ni, cerita dia je banyak ada. 3tahun. lama aku bazirkan diri dengan memberi hati hanya pada dia, sehingga tiada ruang utk org lain. Tamatlah ruang utk dia, tertutup utk selamanya. The end.

0 comments: