say goodbye to my motorola
kerana marah, muncul persengketaan,
kerana ego, muncul pergaduhan,
kerana hilang pertimbangan, rosaklah hubungan...
sebagai adik,
sebagai perempuan,
disitulah letakknya level aku...di bawah.
jika di bawah, maka aku harus tunduk.
jika di bawah, aku harus mengalah.
jika di bawah, aku harus diam.
jika di bawah, aku harus terima kemarahan.
bukan kurang ajar,
bukan kuat melawan,
bukan tak reti nak hormat,
segalanya telah aku buat,
aku bersabar, aku diam..
tapi, bila aku dipersalahkan 100%,
itu yg mengundang keegoan aku,
kurang ajar aku, kuat melawan aku.
aku manusia biasa.
ada kala hati aku panas,
ada kala mulut aku setajam pedang,
ada kala kelancangan mulut aku menaikkan api kemarahan seorang lelaki,
*************************************
hancur sudah Motorola L6 aku :'(
aku tak dapat bayangkan kemarahan aku masa tu hingga sanggup baling henpon yg paling lama aku simpan ni...
mungkin syaitan masa tu tgh bertepuk gembira tgk keadaan aku.
aku tak tau sampai bila persengketaan ini akan berakhir.
aku taknak jadi begini. aku sanggup mengalah. aku sanggup letak ego aku bawah tapak kaki aku. aku sanggup dipersalahkan 100%, andai persengketaan antara darah daging ini tidak berlarutan..
*********************
p/s: nasib baik ada backup henpon :)




0 comments:
Post a Comment